Salam sayang,
****Just sharing one annoying thing happened today..err..actually...everyday.In my school...errr..every school???
The most annoying sound I heard today is the 'screams & shouts' of the students when the 2.30pm school bells rang.I felt so humiliated.(Let me continue this in BM so that my students will get the message-easier.)
Bunyi yang paling menyakitkan hati hari ini?
Bunyi yang paling menyakitkan hati hari ini ialah 'jeritan & sorakan' pelajar,saat loceng terakhir,2.30pm berbunyi.Kenapa ada rasa 'tercalar' di hati?Tcer rasa terhina.Terhina dgn 'kesukaan' & 'keseronokan' mereka utk meninggalkan sekolah,tanpa memikirkan yg sekolah sebenarnya tempat beribadah,medan jihad fisabilillah.
Apa persepsi pelajar terhadap sekolah hari ini?
Penjara yang menyesakkan?Tempat persinggahan melampiaskan nafsu muda remaja mereka dengan berpasangan,bergaul tanpa batasan,atau paling melampau-berasmara sakan?Atau tempat mereka meluahkan amarah yang terpendam,yang tak bisa diluahkan di rumah?
"Yes!Abis masa!"
"BALEEEEEEEEEKKKK!"Begitu kuat pekikannya sehingga mampu didengar serata blok.
Tcer tidak berada di kelas pelajar yang 'tidak sedar diri' itu.Tapi bahang hinaan itu cukup kuat,hampir menyebabkan Tcer menangis.Hampir.
Kalau Tcer berada di depan pelajar itu?
Tcer besar kemungkinan akan mengalirkan air mata di situ juga.(iya..Tcer ingat pesan Nabi,dibuat jahat sekalipun,sabarlah..jangan balas dengan api amarah.Syaitan selalu ada untuk menyesatkan.)ALHAMDULILLAH,semenjak Maulud Nabi tempoh hari,kejahatan yang dilakukan anak-anak Tcer hanya dibalas dengan senyum & air mata.Bukan lagi tengkingan atau rotan.Terima kasih ALLAH,mengirimkan Nabi Muhammad buat ikutan kami.
Berbalik pada fenomena negatif tadi.Apa puncanya?
Tcer akui,salah satu sebabnya ialah guru.Guru seperti Tcer sendiri yang gagal mendidik pelajar mengenali & meminati sekolah-bukan sekadar 'tempat belajo',atau 'tempat yang terpaksa pegi sebab mak ayah suroh'.(my humble opinion).
Tiada 'life' di sekolah.Tiada 'enjoyment'.(atau mungkin sekadar kurang)
Banyak faktor lain.(Boleh tanya mereka sendiri)
Dan sebenarnya,yang paling paghoh (parah),mereka TAK TAHU KENAPA MEREKA KE SEKOLAH!
Apa NIAT mereka ke sekolah?(Cuba tanya.Tcer sangat yakin cikgu2 akan dapat jawapan yg klise!)
Mereka tiada matlamat hidup.(Jadi,jangan tanya matlamat mereka ke sekolah.)
Jadi,ingatkanlah mereka (terutama yang Islam),matlamat hidup mereka hanya 1 -ALLAH S.W.T.
Dan ingatkanlah mereka untuk berniat-Sahaja aku ke sekolah kerana ALLAH Taala.
Mungkin perubahan/kesannya tidak nampak dalam tempoh sehari tapi yakinlah,dengan usaha & doa,mereka pasti berubah.ALLAH sentiasa mendengar doa kita,& mengabulkannya.Cuma cepat atau lambat.
Sedangkan Nabi perlu waktu untuk mengubah 'jahiliah' ke cara hidup yang sempurna dengan Islam,sedangkan Baginda mampu bersabar..
P/s: Mengingatkan diri sendiri sebenarnya.
.jpg)

nanti ade yang tanye:
ReplyDelete" cekgu, macam mana niat nak pergi sekolah? Usolli.....? "
Saudara Nurfauzi:pelajar yg cetek pemikiran & ilmu shj yg mungkin bertanya sebegitu..hehe..niat ibadah spt wudhu pun dibenarkan dlm bahasa kita..mereka cuma perlu niat yg mereka faham saja..Islam tu kan mudah.=)
ReplyDelete