Madam Rosy's English Class Page

'Like' Madam Rosy's English Class Page

Google+ Followers

For Us: Busy Teachers!

Wednesday, November 21, 2012

CINTA,KASIH & RINDU KERANA ALLAH..Catatan seorang zaujati yang BAHAGIA..=)

Assalamualaikum,
Salam sayang..
Zaujan tercinta.Guru Kimia,Add Maths & Maths,ttp kerap dipanggil Ustaz oleh orang yang tak dikenali.Ameen..ALHAMDULILLAH, mungkin berkat bergaul dgn para Ustaz kot..

Hari ni dah masuk hari ke 4 berjauhan dgn zaujan tersayang.Tahun ni,dengan paksa rela beliau kena jadi pengawas SPM di sana.Sedih memang sedih sebab semenjak pindah ke Perak memang jarang sangat berjauhan dengan zaujan tercinta.Ada pun waktu kursus di ELTC & Trolak.

Ke mana-mana pun selalu berdua.Pergi sekolah zaujan hantarkan,balik sekolah dia ambilkan, pergi pasar ,tesco, bank, ronda aspuri, jamuan sekolahnya, ambil gambar,solat ,mengaji, masak di dapur,basuh baju,jemur baju,vacuum rumah,tengok video di youtube,makan,mandi & macam2 lagi semuanya selalunya dibuat berdua..baju pun selalunya warna yg sedondon.hehe...tambah pulak kami suka bergurau mesra..masyaALLAH..kalau berjauhan mulalah teringat segala benda yg dilakukan bersama-sama..

Selepas menyampaikan puisi Usman Awang 'Melayu' secara berduet di sambutan Ambang Merdeka KASAS.

Bunyinya macam gadis sunti yang dilamun cinta.(memang pun..cuma bukanlah gadis sunti lagi ) =).SUBHANALLAH, Tcer yakin itu hikmah cinta kerana ALLAH Taala.Bukan kerana harta,rupa atau apa-apa yang lain.Kasih sayang yang ALLAH pinjamkan sedikit kepada kami drp sifatNYA yang MAHA PENYAYANG.

Nasi Lemon Butter yg zaujan masakkan.Beliau pandai & rajin masak.ALHAMDULILLAH..

SUBHANALLAH..indahnya cinta,kasih sayang dan  rindu yang KAU titipkan dalam hati-hati kami ya ALLAH..ALHAMDULILLAH..
Biarlah kami berpisah seketika kerana jihad di jalanMU.

Kami suka bermusafir & suka ambil gambar.Yang ni gambar sebuah rumah tinggal di jalan Pekan ke Chini

Dia berjihad menjalankan amanah sebagai pengawas SPM & guru yang mengajar subjek SPM.
Tcer di disini berjihad juga,berbakti menjaga Abah yang semakin uzur..ALHAMDULILLAH,hari ni Abah dah mampu berjalan ke dapur dari biliknya, banyak juga bercakap.Walaupun menjaga orang tua menuntut kesabaran & ketaatan yang tinggi,kalau niat kita kerana ALLAH,InshaALLAH ALLAH akan permudahkan.
Setiasa penyayang & romantik 

Ya, pada usia 70an ke atas macamni,semakin banyak perhatian yang mereka perlukan.Kadang-kadang seperti kanak-kanak.Kita sebagai anak harus bersedia menyuapkan ubat,makanan,melayan percakapan & mungkin juga membersihkan najis mereka.Jangan merungut kerana mereka syurga kita.

Semoga ALLAH beri kesihatan jasmani,emosi,rohani dan akal untuk Abah dalam meniti usianya.Semoga ALLAH beri kekuatan pada Tcer & zaujan untuk jaga Abah semampu kami. Tcer bersyukur ada zaujan yang sangat memahami, sanggup mengizinkan Tcer menjaga Abah walau terpaksa berjauhan.Beliau juga yang turut sama menjaga Abah,tolong Abah bergerak, sapukan ubat di kaki Abah..malah turut sama membersihkan najis Abah bila Abah tak mampu kawal proses pembuangan itu..ALHAMDULILLAH..

Semoga ALLAH berkati & rahmati kita berdua,dunia &  akhirat.Semoga kita meninggal dunia  dalam husnul khatimah & syahid di jalanNYA..dan semoga kita bersatu di syurga indah di Akhirat nanti..Ameen..
Dinda cintakan kanda/baby/sayang kerana ALLAH..=)

Tcer sayangkan zaujan,sayangkan juga Abah..kedua-duanya penting untuk Tcer,dunia & akhirat..Semoga Tcer dapat menjaga hati kedua- duanya..begitu juga hati ibu dan bapa mertua.Risau juga bila tak terjaga..matlamat hidup ini hanyalah syurga ALLAH..dan mereka ibarat bayangan syurga di dunia,yang mampu membawa ke syurga akhirat..
Jika diizinkan ALLAH,akan ada putera & puteri solehah menghiasi syurga kita nanti.
SUBHANALLAH, 
Cintailah ALLAH,Rasulullah,ibu bapa & zaujan kita,InshaALLAH ada janji ALLAH menanti buat kita.

No comments:

Post a Comment